Sunday, May 17, 2009

kadang-kadang jek aku nak tulis kat tmpt nih. tunggu masa yg agak sesuai, cuaca pun dah mula panas dah kat sini .. di tambah pula dgn berita-berita hangat di malaysia ..

paling best, paper hari ni ckp pakar psikiatari syor henti guna gelaran 'Mat Rempit' .. BEST? sebabnya gelaran tu membuatkan mereka rasa besar, gagah dan perkasa ..

kalau gitu, mari kita henti gunakan perkataan dibawah:

  • PELACUR
  • PENAGIH DADAH
  • PENGEDAR DADAH
  • PEROMPAK
  • PENCURI
  • PEROGOL
sebab kita akan menjadikan mereka semua rasa besar, gagah dan perkasa.

WTF.

Monday, February 09, 2009

memula, depa kata menda nih apa nak buat, hang resign la ... tup tup, kluar plak menatang nih - saman tetap saman ... siap ada statement ni yg menda2 nih semua subjected to intepretation, who's interpretation? la nih, bar council pun ada flip flop .. pelik pelik ...

***************

masa nak tubuh kerajaan negeri pun dah kecoh, nmpk sgt kurang kuatnya sokong dari DUN .. memang retak menanti belah, la ni dah terbelah - tak yah la kecoh, accept it with grace. people might vote for you, but now, they doesnt feel that you fit for the job - please leave.

***************

rakyat malaysia mmg taksub dgn politik sekarang nih. sgt taksub, hingga terlupa yg ada masalah dunia yg lebih besar - kemelesetan ekonomi! semua nak berhimpun, semua nak berkumpul tapi berapa kerat sgt yg benar2 berjaya dan berjaya mengangkat martabat bangsa dan negara?

contoh paling baik - negara masih mengimport makanan dr luar, daging lembu etc. ya, kita negara islam - tapi bagaimana kita tau yg segala proses adalah di dalam lunas sharia? berapa kerat yg hendak membanting tulang, memenuhi fardhu kifayah - memenuhi keperluan umat Islam di Malaysia dgn memastikan daging yg mereka makan dan beli adalah di urus dlm lunas sharia islam?

kalaulah segala tenaga dan pemberontakan disalurkan ke jalan2 yg benar, kita mungkin menjadi umat yg lebih maju dan terbaik ...

***************

kita perlu mengubah kita dahulu. ini adalah pesanan paling pendek dari aku utk aku, kepada kita untuk kita. kita perlu mengubah kita dahulu.

Thursday, January 22, 2009

pelik.

pelik.

mmg sungguh pelik.

kita "mengharamkan" diri kita dr pergi ke starbuck, minum coke dan membeli barang buatan israel/amerika tetapi kita juga lah bersengkang mata menunggu ucaptama presiden amerika yg baru. dan yg lagi pelik, apabila kita kita ini juga la yg beriya-iya menyokong presiden amerika yg baru ini yg pada masa sama mengambil sikap membisu tatkala pembedilan hebat israel ke atas bumi palestin.

pelik kan? itu la lumrah manusia.

kita mengambil dan mengiyakan apa yg kita hendak, walaupun pada pengiyaan itu sudah kita sendiri sedia maklum ada hal hal tersirat yg kurang benar.

dalam sedar atau tidak, kita ini semua telah di-amerika-kan oleh amerika.

sepertimana beberapa kerat rakyat malaysia yg mengutuk kerajaan malaysia, walhal mereka ini terlibat dgn secara tidak langsung kerna bekerja di syarikat milik kerajaan.

walaupun tidak terlibat dgn pembukuan polisi, bukan dari situ tmpt punca rezeki mereka datang. adakah elok kita ini meludah kembali kepada mereka yg memberi kita sesuap nasi?

umpama anjing yg mengigit tuannya ..

itulah ibaratnya mereka.

pelik.